ABDULRAZAK GURNAH

 

ABDULRAZAK GURNAH,  sebuah figura yang tidak asing lagi dalam dunia Sastera. Beliau lahir pada 20 Disember 1948 dan merupakan seorang penulis dari Tanzania. Abdulrazak Gurnah  merupakan penerima Hadiah Nobel dalam Kesusateraan 2021 sebagai penghargaan terhadap karya tulisannya mengenai "Pendalaman memahamkan dan kompromi kesan kolonialisme dan nasib para pelarian yang dalam pusaran antara budaya dan benua."

Menurut Abdulrazak Gurnah, menulis merupakan suatu keseronokan walaupun pernah terfikir untuk berhenti berjuang dalam penulisan. Namun, setelah beliau berhijrah ke England, beliau mula menulis tentang beberapa renungannya tentang peristiwa yang berlaku seperti penghinaan dan penindasan yang tiada kesudahannya. Walaupun pada ketika itu penulisan beliau masih belum teratur tetapi cukup untuk beliau melegakan sedikit kekeliruan dan ketidakpastian dalam fikirannya.

Abdulrazak Gurnah juga mempercayai bahawa dengan menulis kita boleh menunjukkan perkara yang sebaliknya, yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar. Menulis tidak boleh hanya tentang perjuangan dan polemik tetapi boleh juga menjadi sesuatu yang menyegarkan dan menghiburkan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pendiam?

HUJAN