ADA APA DI SEBALIK ALAM?


Ahad, 14 November 2021, Jam 1800

Hari ini fikiranku bercelaru sepertinya menyimpan pelbagai persoalan yang tidak terungkap. Segala reminisensi gelapku bermain di fikiran meski perkara itu telah lama berlaku, figura yang menjadi watak utama dalam memoriku itu sentiasa berjaya membuat fikiranku tidak tentu arah. Kadang, aku membiarkan rasa ini terus berlalu, namun hari ini tidak berjaya.

Setelah difikir-fikir, langkah kakiku terbawa-bawa untuk pergi ke sebuah tasik yang jaraknya hanya beberapa langkah dari kamarku. Angin mengelus lembut pipiku, diiringi dengan kicauan Copsychus malabaricus, kakiku terpaku, segala apa yang drama yang bermain di fikiran seolah-olah terhapus setelah melihat keindahan alam yang terpapar di hadapanku. Mulutku tidak berhenti memuji Pencipta Alam. Apakah rahsia di sebalik alam sehingga boleh meragut segala pemikiranku yang bercelaru dan digantikan dengan ketenangan yang tidak tergambar?


Bila difikir-fikirkan, masih banyak tanda tanya tentang ekosistem tasik ini. Ada apa disebalik kehijauan airnya? Apa itu ekosistem tasik?

Ekosistem tasik merupakan sebahagian daripada ekosisten akuatik yang tidak berarus yang turut dikenali sebagai ekosistem Lentus. Ekosistem tasik mempunyai unsur atau komponen biotik (hidupan) dan abiotik (bukan hidupan) yang unik dan tersendiri.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pendiam?

ABDULRAZAK GURNAH

HUJAN