HUJAN

Malam ini, hujan turun dengan lebat. Aku sangat suka sekali pada hujan, menurutku hujan ialah sebuah keindahan dari Pencipta yang turun dari langit. Bunyinya yang cukup mendamaikan seolah memberi ilham untuk tangan ini memuntahkan kata.

Akhir-akhir ini hujan sering membasahi bumi. Bagaimana ya proses penghasilan hujan itu? Mengapa ada ketikanya kita seakan menanti ia untuk turun? Anehnya, langit yang kelihatan cerah pada petang tadi mencurahkan hujan pada sebelah malamnya. Mungkin juga pergerakan angin membawa awan yang sarat berisi air dan memuntahkan pada sesuatu tempat yang dianggap sesuai.

Mendengar setiap rintik hujan yang jatuh menimpa bumbung rumahku, teringat pula ilmu Geografi yang dipelajari ketika bangku persekolahan, tentang bagaimana titisan air hujan terbentuk. Awan yang terapung di atmosfera mengandungi wap air dan titisan awan yang tidak dapat jatuh ke permukaan bumi sebagai hujan kerana saiznya yang kecil. Air di langit akan mengalami proses sejatan dan kondensasi secara berterusan. Kebanyakan daripada air terkondensasi di dalam awan tidak akan jatuh ke bumi sebagai air hujan kerana turbulen udara yang mengampaikan awan-awan di atmosfera. Proses hujan hanya dapat berlaku jika titisan air mula mengalami proses kondensasi dan bergabung membentuk titisan-titisan air besar dan menjadi cukup berat untuk membentuk hujan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pendiam?

ABDULRAZAK GURNAH