Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2021

HUJAN

Malam ini, hujan turun dengan lebat. Aku sangat suka sekali pada hujan, menurutku hujan ialah sebuah keindahan dari Pencipta yang turun dari langit. Bunyinya yang cukup mendamaikan seolah memberi ilham untuk tangan ini memuntahkan kata. Akhir-akhir ini hujan sering membasahi bumi. Bagaimana ya proses penghasilan hujan itu? Mengapa ada ketikanya kita seakan menanti ia untuk turun? Anehnya, langit yang kelihatan cerah pada petang tadi mencurahkan hujan pada sebelah malamnya. Mungkin juga pergerakan angin membawa awan yang sarat berisi air dan memuntahkan pada sesuatu tempat yang dianggap sesuai. Mendengar setiap rintik hujan yang jatuh menimpa bumbung rumahku, teringat pula ilmu Geografi yang dipelajari ketika bangku persekolahan, tentang bagaimana titisan air hujan terbentuk. Awan yang terapung di atmosfera mengandungi wap air dan titisan awan yang tidak dapat jatuh ke permukaan bumi sebagai hujan kerana saiznya yang kecil. Air di langit akan mengalami proses sejatan dan kondensasi seca...

ADA APA DI SEBALIK ALAM?

Imej
Ahad, 14 November 2021, Jam 1800 Hari ini fikiranku bercelaru sepertinya menyimpan pelbagai persoalan yang tidak terungkap. Segala reminisensi gelapku bermain di fikiran meski perkara itu telah lama berlaku, figura yang menjadi watak utama dalam memoriku itu sentiasa berjaya membuat fikiranku tidak tentu arah. Kadang, aku membiarkan rasa ini terus berlalu, namun hari ini tidak berjaya. Setelah difikir-fikir, langkah kakiku terbawa-bawa untuk pergi ke sebuah tasik yang jaraknya hanya beberapa langkah dari kamarku. Angin mengelus lembut pipiku, diiringi dengan kicauan Copsychus malabaricus, kakiku terpaku, segala apa yang drama yang bermain di fikiran seolah-olah terhapus setelah melihat keindahan alam yang terpapar di hadapanku. Mulutku tidak berhenti memuji Pencipta Alam. Apakah rahsia di sebalik alam sehingga boleh meragut segala pemikiranku yang bercelaru dan digantikan dengan ketenangan yang tidak tergambar? Bila difikir-fikirkan, masih banyak tanda tanya tentang ekosistem tasik ini...