Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2022

Kamera

Imej
  Kamera boleh berfungsi melalui cahaya spektrum nyata  atau melalui bahagian-bahagian lain pada spektrum elektromagnetik  Sesebuah kamera biasanya berlampirkan sejenis rongga dengan satu bukaan di sebelah bagi memasukkan cahaya , dan satu permukaan rakaman atau pandangan bagi menangkap cahaya itu pada sebelah yang lain. Kebanyakan kamera mempunyai sebutir lensa yang terlatak di hadapan bukaan kamera untuk mengumpul cahaya yang masuk dan untuk memfokuskan imej, atau sebahagian imej, pada permukaan rakaman. Diameter bukaan itu biasanya dikawal oleh satu mekanisme diafragma , namun ada kamera yang mempunyai bukaan bersaiz tetap.  Sungguh berterima kasih kepada teknologi, kerana kewujudannya segala memori mampu disimpan dengan rapi sehingga kini.

10 TANDA-TANDA INTROVERT

Imej
1. Penat kerana terlalu banyak masa aktif. (Tired from too much active time) 2. Menikmati masa bersendirian. (Enjoy time alone) 3. Monolog dalaman yang berterusan. (Constant inner monologue) 4. Menulis. (Write) 5. Pemerhati. (Observer) 6. Berasa keseorangan dalam keramaian. (Feel alone in a crowd) 7. Tidak suka perbualan pendek. (Dislike small talk) 8. Mengelak aktiviti sosial. (Avoid social events) 9. Orang lain menganggap anda pemalu atau keseorangan. (Others think you're shy or lonely) 10. Hanya mempunyai kumpulan rakan yang kecil. (Small friend group)

Pendiam?

Imej
Alhamdulillah, saya telah direzekikan untuk menamatkan pembacaan buku ini yang ditulis oleh Aiman Amri dan Aqila Masri. 'Pendiam?' menampilkan situasi biasa yang dilalui oleh golongan Introvert dalam masyarakat berserta kupasannya agar personaliti ini lebih difahami dan dirai dengan kekuatan yang mereka ada. 

ABDULRAZAK GURNAH

Imej
  ABDULRAZAK GURNAH,  sebuah figura yang tidak asing lagi dalam dunia Sastera. Beliau lahir pada 20 Disember 1948 dan merupakan seorang penulis dari Tanzania. Abdulrazak Gurnah  merupakan penerima Hadiah Nobel dalam Kesusateraan 2021 sebagai penghargaan terhadap karya tulisannya mengenai "Pendalaman memahamkan dan kompromi kesan kolonialisme dan nasib para pelarian yang dalam pusaran antara budaya dan benua." Menurut Abdulrazak Gurnah, menulis merupakan suatu keseronokan walaupun pernah terfikir untuk berhenti berjuang dalam penulisan. Namun, setelah beliau berhijrah ke England, beliau mula menulis tentang beberapa renungannya tentang peristiwa yang berlaku seperti penghinaan dan penindasan yang tiada kesudahannya. Walaupun pada ketika itu penulisan beliau masih belum teratur tetapi cukup untuk beliau melegakan sedikit kekeliruan dan ketidakpastian dalam fikirannya. Abdulrazak Gurnah juga mempercayai bahawa dengan menulis kita boleh menunjukkan perkara yang sebaliknya, ya...

KOPI DAN KALORI

Imej
  Tanpa sedar, yang menjadi kegemaran belum tentu terbaik.

SYUKUR

Imej
  Sungguh, tidak perlu ada ‘nanti’ untuk kita menghadirkan rasa syukur di dalam hati. Meski ada doa yang belum dikabulkan, ada keinginan yang belum menjadi kenyataan- bersyukurlah atas segala apa yang dikurniakan Tuhan. Percaya, orang-orang yang mensyukuri hal-hal sederhana pada hari ini, akan ditambah nikmat baginya di kemudian hari.